Khamis, 2 Februari 2012

' Our New kitchen kabinet'

                                                        Assalamualikum...
                                                
Syukur Alhamdulillah di atas rahmat dan kasih sayang Allah...kita dipanjangkan umur dan rezeki yang melimpah ruah untuk terus hidup dengan tenang dan bahagia di bumi yang bertuah ini ...semoga kita akan sentiasa di bawah naungan rahmat Allah S.W.T...ermm

.....kisah 'Kitchen kabinet' ni  adalah sambungan daripada kisah yang sebelum ini iaitu kisah pindah rumah baru...

biasala kalau dah pindah rumah baru ni macam2 idea yang terlintas difikiran kita untuk mendeko ruang dan mana2 bahagian dalam rumah kita yang perlu diberi sedikit sentuhan yang boleh menenangkan fikiran ataupun boleh menimbulkan rasa seronok dan excited untuk melakukan sesuatu....idea dan perubahan ini ada yang perlukan kos yang tinggi ataupun tak kurang juga yang hanya perlukan modal yang amat minimum...

idea pertama yang terlintas dalam fikiran saya dam my love wife Dianna adalah membesarkan ruang dapur rumah baru kami...ermmm...walaupun kos yang diperlukan sedikit besar tapi kami berpendapat biarlah perubahan yang dibuat itu mendatangkan kesan yang mendalam dalam kehidupan kami yang mendatang....

tempoh yang agak lama diperlukan untuk menyiapkan dapur baru ni...kalau x silap lebih kurang 2 bulan setengah bermula dari kerja2 cerucuk sehinggalah ke kerja2 kemasan dinding, lantai dan kabinet...
fuhh! satu tempoh yang lama gak tu... tapi kami tetap bersabar dan akhirnya kerja2 tersebut telahpun selesai  dan hasilnya adalah memuaskan hati kami dan kami berasa amat bersyukur kerana diberikan rezeki yang tak seberapa ini...

so saya ingin berkongsi idea dan pendapat kawan2 sekalian tentang dapur dan kabinet baru rumah kami ini...semoga idea yang diberikan akan membolehkan kita menambah baik mana yang patut dan sesuai dan semoga hasil yang lebih baik dapat dihasilkan dan percambahan idea2 baru yang lebih mempersonakan...
semoga niat suci kita diterima dan dibalas dengan ganjaran yang baik oleh Allah....

'Salam hari Jumaat penghulu segala hari semoga mendapat keberkatan...'




kerja2 memasang rangka bahgn dalam sedang dibuat.

2 orang pekerja yang sedang tekun menyiapkan 'frame'


cuci dan buang kotoran


kerja rangka bhgn kabinet bawah hampir siap.


laci dan tempat simpanan sudu dan botol..





kerja2 pemasangan rangka bahgn atas untuk 'Cooker Hood'


pemasangan berjalan lancar


rak untuk pinggan dan cawan siap dipasang.


cerowong asap telah siap di pasang


'Cooker Hood yang siap dipasang'



pemasangan pintu Kabinet 3G dibahagiaan atas


pintu atas yang dah siap dan pasang pintu bahgn bawah pula


inilah kabinet dapur baru yang telah siap dipasang sepenuhnya

kakak phiya yang excited hingga gambar dalam peti sejuk pun nak ditangkapnyer..hehe

idea lokasi peti sejuk dan mesin basuh yang belum dimuktamadkan,,kalau ade idea boleh lah gi tau saya...
Sekian..

Salam Maulidur Rasul

                                                                   Assalamualaikum...
Sempena sambutan Maulud Nabi S.A.W pada 5 Februari  bersamaan 12 RabiulAwal 1433 Hijrah ni saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul S.A.W sempena memperingati kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

seperti yang kita tahu Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh ALLAH kepada umat manusia untuk memberi peringatan melalui wahyu yang disampaikan yakni Al-quran dan juga membawa rahmat untuk sekalian alam.
kita selalu di nasihatkan supaya memperbanyakkan selawat ke atas nabi tanda kita cintakan nabi kita yakni Kekasih Allah.

teringat pada zaman persekolahan bila hari atau minggu menyambut maulidur rasul je pasti banyak program dan aktiviti yang bercorak keagamaan dijalankan oleh pihak sekolah untuk menyemarakkan lagi sambutan ulangtahun kelahiran nabi S.A.W dan antaranya ialah perarakan maulidur rasul, ceramah,aktiviti seni khat, kuiz, berzanji dan banyak lagi...masa tu banyak jugak aktiviti yang saya sertai dan banyakla juga hadiah yang diperolehi...ermmm..

bila dimbas kembali kenangan masa zaman sekolah dulu banyak juga kenangan manis yang tak dapat dilupakan...x lupe jugak kenangan pahitnya...hehe...biasala budak2 pasti ada sifat kenakalannya..
apapun aktiviti yang kita lakukan kita pasti ingin memberikan yang terbaik untuk diri kita dan orang yang membantu kita....

jadi sempena sambutan Maulud Nabi S.A.W ni marila bersama kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda walaupun hanya sekejap bagi menunjukkan rasa kasih dan sayang kita ke atas baginda...
semoga niat murni kita akan diterima dan dibalas pahala oleh Allah S.W.T...
akhir sekali selamat bercuti...
                                                     

                                                        
                                          'Salam Maulidur Rasul'