Ahad, 28 Oktober 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum...

Setelah sekian lama x mencoret hari ni terdetik hati untuk menaip beberapa perenggan utk kehidupan yang penuh warna warni ni...
 Apapun tak terlewat untuk ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1433H  buat semua saudaraku yg beragama islam...semoga ibadah korban kita diterima oleh ALLAH dengan hati yang ikhlas keranaNYA.

1/10/12 ...tarikh istimewa genapla  setahun puteriku yang kedua...Dya IsaBeLLa..
ermm telatahnya membuatkan aku rasa bahagia dan gembira semoga semua puteriku akan terus sehat membesar dan berjaya serta menjadi anak yang solehah....

ermm...ALhamdulillah segala puji bagi ALLAH yang telah memberikan rezeki kepadaku dan keluargaku..moga ALLAH limpahkan lagi rezekinya yang barakah kepadaku dan family...




Aku sentiasa berdoa agar seluruh keluargaku akan berbahagia dan berjaya dunia dan akhirat...

Rabu, 14 Mac 2012

selamat pulang ke tanah air adik ijan

Assalamualaikum...
alhamdulillah dapat kembali semula untuk mengupdate setelah sekian lama tiada berita...
errmm...
hari ini adikku yang ku panggil ijan akan pulang ke Malaysia setelah berjaya mendapatkan segulung ijazah daripada sebuah universiti di negara yang sangat jauh iaitu Morocco...
aku amat berbangga dengan kejayaan ijan berkat susah payah dan pengorbanannya setelah sekian lama menuntut ilmu di negara orang...bermulanya dengan impian yang kecil terciptalah sebuah kejayaan yang amat bermakna buat adikku dan seluruh ahli keluargaku...
alhamdulillah itu semua adalah rezeki dari ALLAH yang maha luas...ALLAH akan membuka jalan ke syurga bagi hambanya yang berjuang untuk menuntut ilmunya yang luas..
aku dan seluruh ahli keluargaku mendoakan agar ijan akan terus berjaya di dunia dan akhirat..semoga hidupnya dirahmati dan diberkati olehNYA....amin

Khamis, 2 Februari 2012

' Our New kitchen kabinet'

                                                        Assalamualikum...
                                                
Syukur Alhamdulillah di atas rahmat dan kasih sayang Allah...kita dipanjangkan umur dan rezeki yang melimpah ruah untuk terus hidup dengan tenang dan bahagia di bumi yang bertuah ini ...semoga kita akan sentiasa di bawah naungan rahmat Allah S.W.T...ermm

.....kisah 'Kitchen kabinet' ni  adalah sambungan daripada kisah yang sebelum ini iaitu kisah pindah rumah baru...

biasala kalau dah pindah rumah baru ni macam2 idea yang terlintas difikiran kita untuk mendeko ruang dan mana2 bahagian dalam rumah kita yang perlu diberi sedikit sentuhan yang boleh menenangkan fikiran ataupun boleh menimbulkan rasa seronok dan excited untuk melakukan sesuatu....idea dan perubahan ini ada yang perlukan kos yang tinggi ataupun tak kurang juga yang hanya perlukan modal yang amat minimum...

idea pertama yang terlintas dalam fikiran saya dam my love wife Dianna adalah membesarkan ruang dapur rumah baru kami...ermmm...walaupun kos yang diperlukan sedikit besar tapi kami berpendapat biarlah perubahan yang dibuat itu mendatangkan kesan yang mendalam dalam kehidupan kami yang mendatang....

tempoh yang agak lama diperlukan untuk menyiapkan dapur baru ni...kalau x silap lebih kurang 2 bulan setengah bermula dari kerja2 cerucuk sehinggalah ke kerja2 kemasan dinding, lantai dan kabinet...
fuhh! satu tempoh yang lama gak tu... tapi kami tetap bersabar dan akhirnya kerja2 tersebut telahpun selesai  dan hasilnya adalah memuaskan hati kami dan kami berasa amat bersyukur kerana diberikan rezeki yang tak seberapa ini...

so saya ingin berkongsi idea dan pendapat kawan2 sekalian tentang dapur dan kabinet baru rumah kami ini...semoga idea yang diberikan akan membolehkan kita menambah baik mana yang patut dan sesuai dan semoga hasil yang lebih baik dapat dihasilkan dan percambahan idea2 baru yang lebih mempersonakan...
semoga niat suci kita diterima dan dibalas dengan ganjaran yang baik oleh Allah....

'Salam hari Jumaat penghulu segala hari semoga mendapat keberkatan...'




kerja2 memasang rangka bahgn dalam sedang dibuat.

2 orang pekerja yang sedang tekun menyiapkan 'frame'


cuci dan buang kotoran


kerja rangka bhgn kabinet bawah hampir siap.


laci dan tempat simpanan sudu dan botol..





kerja2 pemasangan rangka bahgn atas untuk 'Cooker Hood'


pemasangan berjalan lancar


rak untuk pinggan dan cawan siap dipasang.


cerowong asap telah siap di pasang


'Cooker Hood yang siap dipasang'



pemasangan pintu Kabinet 3G dibahagiaan atas


pintu atas yang dah siap dan pasang pintu bahgn bawah pula


inilah kabinet dapur baru yang telah siap dipasang sepenuhnya

kakak phiya yang excited hingga gambar dalam peti sejuk pun nak ditangkapnyer..hehe

idea lokasi peti sejuk dan mesin basuh yang belum dimuktamadkan,,kalau ade idea boleh lah gi tau saya...
Sekian..

Salam Maulidur Rasul

                                                                   Assalamualaikum...
Sempena sambutan Maulud Nabi S.A.W pada 5 Februari  bersamaan 12 RabiulAwal 1433 Hijrah ni saya ingin mengucapkan selamat menyambut Maulidur Rasul S.A.W sempena memperingati kelahiran Junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.

seperti yang kita tahu Nabi Muhammad S.A.W adalah Nabi terakhir yang diutuskan oleh ALLAH kepada umat manusia untuk memberi peringatan melalui wahyu yang disampaikan yakni Al-quran dan juga membawa rahmat untuk sekalian alam.
kita selalu di nasihatkan supaya memperbanyakkan selawat ke atas nabi tanda kita cintakan nabi kita yakni Kekasih Allah.

teringat pada zaman persekolahan bila hari atau minggu menyambut maulidur rasul je pasti banyak program dan aktiviti yang bercorak keagamaan dijalankan oleh pihak sekolah untuk menyemarakkan lagi sambutan ulangtahun kelahiran nabi S.A.W dan antaranya ialah perarakan maulidur rasul, ceramah,aktiviti seni khat, kuiz, berzanji dan banyak lagi...masa tu banyak jugak aktiviti yang saya sertai dan banyakla juga hadiah yang diperolehi...ermmm..

bila dimbas kembali kenangan masa zaman sekolah dulu banyak juga kenangan manis yang tak dapat dilupakan...x lupe jugak kenangan pahitnya...hehe...biasala budak2 pasti ada sifat kenakalannya..
apapun aktiviti yang kita lakukan kita pasti ingin memberikan yang terbaik untuk diri kita dan orang yang membantu kita....

jadi sempena sambutan Maulud Nabi S.A.W ni marila bersama kita perbanyakkan selawat dan salam ke atas Baginda walaupun hanya sekejap bagi menunjukkan rasa kasih dan sayang kita ke atas baginda...
semoga niat murni kita akan diterima dan dibalas pahala oleh Allah S.W.T...
akhir sekali selamat bercuti...
                                                     

                                                        
                                          'Salam Maulidur Rasul'




Khamis, 26 Januari 2012

'Selamat Hari Ulangtahun ke-6'

                                                            Assalamualaikum...
Hari ini adalah hari yang bermakna dan bererti buatku dan isteri tersayang DiaNna MH......
 kerana hari ini adalah hari ulangtahun perkhawinan kami yang ke -6...
Alhamdulillah syukur kehadrat Allah kerana dengan kasih sayangnya jualah hidup kami berdua bahagia hingga ke saat ini..

u r always in my heart...


my heart...

            segala pengorbanan dan susah payahnya dalam menjagaku dah kerenah anak2 amat aku hargai dan kasihi... dengan rezeki anak2 yang cute dan comel telah lebih membahagia dan menceriakan hidupku...satu perkara yang aku suka pasal isteriku adalah dia pandai memasak makanan kegemaranku..walaupun masakan itu simple tapi amat bermakna bagiku...


bonda & ayahanda love both of u..











bella domok dan manja..














Tq  my love...besarnya pengorbananmu kepadaku dan anak2..begitulah hebatnya seorang isteri dan bonda kepada anak2ku...
aku berdoa semoga Allah memberikan Rahmat dan keredhaannya kepada isteri dan anak2ku dan aku berdoa semoga kami sekeluarga akan lebih berbahagia dunia dan akhirat...
                         "Selamat Hari Ulangtahun Perkhawinan yang ke-6
                          khas buat isteri yang dikasihi dan disayangi selalu"...
            "Salam sayang dari suamimu dan anak2mu yang cute,domok dan comel
                                      Dya Sofheya & Dya IsaBella"




sofheya comel & ayu..moga menjadi anak yang baik dan berjaya duniakhirat...


                                       

sayang ayah...

kakak phiya cute

love u forever my heart..


Bandar Saujana Putra..My New Life..

Alhamdulillah..
Syukur kepada Allah kerana masih memberi nikmat kehidupan dan rezeki kepadaku dan keluarga...
kehidupan ini penuh dengan warna warni ibarat pelangi yang muncul selepas hujan...
kadang2 kita di atas...kadang2 kita di bawah...
untung sabut timbul...untung batu tenggelam...
walauapapun yang berlaku dalam kehidupan kita sentiasa berfikiran positif dan terus maju kehadapan...
ermm...
cerita kehidupan di rumah baru...kawasan baru...masih lagi popular...ermm...byk cerita di sebalik cerita yang berlaku...apapun yang manis sahaja boleh dikongsi dengan pembaca setia...hihi..
'BANDAR SAUJANA PUTRA'...
Lebih kurang10 tahun lepas...semasa aku masih belajar...selalu gak lihat tempat ini... kalau aku ikut Elite Highway on the way aku nak balik ke kampungku di N9 aku pasti nampat tempat ini...orang kata dulu ini  bekas tapak lombong...mmg betul pun byak bekas kolam yang besar aku lihat...ermm...semuanya nampak takut untuk didekati ...yerla...dipenuhi hutan belukar dan lombong...kadang2 terasa seram untuk melintas....tapi sekarang...dengan pembangunan yang pesat deretan bangunan perumahan yang indah dan terdapat jalan perhubungan yang baik kalau hendak ke sana membuatkan aku rasa teruja untuk membeli rumah di sini...ermm
bermula pada tahun 2009...misi yang bermula dengan melihat rumah contoh di sini membuatkan aku terus jatuh hati untuk membeli rumah ...setelah berbincang dengan si jantung hati...dan beliau pun bersetuju aku pun meneruskan niat untuk membelinya....
dan sekarang pada tanggal tahun 2012 tercapai lah cita2 untuk memiliki rumah baru di 'Bandar Saujana Putra'....bermulalah episode baru aku dan keluarga di sini ...setelah mendapat kunci aku pun terus buat renovation menambah dapur rumahku...dan sekarang renovation itu hampir siap dan aku rasa amat teruja untuk terus menjadi penghuni tetap di 'Bandar Saujana Putra'....
InsyaAllah aku akan update perubahan yang berlaku pada rumahku dan bandar baru ini...
semoga hidupku akan lebih bahagia dan dirahmati Allah...
tol dari elite untuk ke Bandar Saujana Putra


jalan masuk ke BSP  dari bulatan tol


signbord BSP nampak dari bulatan...


bangunan kedai dan pejabat baru yang akan siap tak lama lagi..


perumahan flat dan 2sty di perjalan ke topaz 3..


persimpangan ke Topaz 3...


simpang 3...

hampir sampai...


taraaa...dah sampai ke teratak ku...hihi




kete kancil ku terkurung di dalam rumah..


cermin yang besar di ruang tamu..



dapur baru...membuatkan si jantung hati x sabar nak memasak bila dah siap nanti...



pandangan belakang rumah...


tangga ke tingkat atas...yang membuatkan baby bella dan kakak sofheya teruja untuk mencubanya berkali-kali...hehe


lampu yang mengujakan..


lampu cantik di parking pilihan hati...
 amin....