Syukur kepada Allah kerana masih memberi nikmat kehidupan dan rezeki kepadaku dan keluarga...
kehidupan ini penuh dengan warna warni ibarat pelangi yang muncul selepas hujan...
kadang2 kita di atas...kadang2 kita di bawah...
untung sabut timbul...untung batu tenggelam...
walauapapun yang berlaku dalam kehidupan kita sentiasa berfikiran positif dan terus maju kehadapan...
ermm...
cerita kehidupan di rumah baru...kawasan baru...masih lagi popular...ermm...byk cerita di sebalik cerita yang berlaku...apapun yang manis sahaja boleh dikongsi dengan pembaca setia...hihi..
'BANDAR SAUJANA PUTRA'...
Lebih kurang10 tahun lepas...semasa aku masih belajar...selalu gak lihat tempat ini... kalau aku ikut Elite Highway on the way aku nak balik ke kampungku di N9 aku pasti nampat tempat ini...orang kata dulu ini bekas tapak lombong...mmg betul pun byak bekas kolam yang besar aku lihat...ermm...semuanya nampak takut untuk didekati ...yerla...dipenuhi hutan belukar dan lombong...kadang2 terasa seram untuk melintas....tapi sekarang...dengan pembangunan yang pesat deretan bangunan perumahan yang indah dan terdapat jalan perhubungan yang baik kalau hendak ke sana membuatkan aku rasa teruja untuk membeli rumah di sini...ermm
bermula pada tahun 2009...misi yang bermula dengan melihat rumah contoh di sini membuatkan aku terus jatuh hati untuk membeli rumah ...setelah berbincang dengan si jantung hati...dan beliau pun bersetuju aku pun meneruskan niat untuk membelinya....
dan sekarang pada tanggal tahun 2012 tercapai lah cita2 untuk memiliki rumah baru di 'Bandar Saujana Putra'....bermulalah episode baru aku dan keluarga di sini ...setelah mendapat kunci aku pun terus buat renovation menambah dapur rumahku...dan sekarang renovation itu hampir siap dan aku rasa amat teruja untuk terus menjadi penghuni tetap di 'Bandar Saujana Putra'....
InsyaAllah aku akan update perubahan yang berlaku pada rumahku dan bandar baru ini...
semoga hidupku akan lebih bahagia dan dirahmati Allah...
tol dari elite untuk ke Bandar Saujana Putra |
jalan masuk ke BSP dari bulatan tol |
signbord BSP nampak dari bulatan... |
bangunan kedai dan pejabat baru yang akan siap tak lama lagi.. |
perumahan flat dan 2sty di perjalan ke topaz 3.. |
persimpangan ke Topaz 3... |
simpang 3... |
hampir sampai... |
taraaa...dah sampai ke teratak ku...hihi |
kete kancil ku terkurung di dalam rumah.. |
cermin yang besar di ruang tamu.. |
dapur baru...membuatkan si jantung hati x sabar nak memasak bila dah siap nanti... |
pandangan belakang rumah... |
tangga ke tingkat atas...yang membuatkan baby bella dan kakak sofheya teruja untuk mencubanya berkali-kali...hehe |
lampu yang mengujakan.. |
lampu cantik di parking pilihan hati... |
as salam
BalasPadamboleh pm kontraktor yg renovate rumah tuan dan cost...
lagendakota@gmail.com