ermm..melancong lagi ker?...hehe.tak tahu nak digambarkan bagaimana perasaan pertama kali datang ke sini..aktiviti yang penuh dengan pengalaman berharga dan mengasyikkan...tak terlintas diakal fikiran untuk datang ke 'Hutan Hujan Belum DiRaja' or 'Belum Royal RainForest'...
keletihan perjalanan daripada Shah Alam ke sini yang memakan masa hampir 3 jam lebih telah hilang dgn sendirinya apabila melihat pemandangan yang cukup indah dan cantik ciptaan Yang Maha Esa...ditambah lagi dengan kedinginan air tasik Banding serta kehijauan pokok-pokok yang mengelilingi tasik ini menambahkan lagi kekuatan dan kenginan untuk terus meneroka hutan dan tasik disekitarnya...
Alhamdulillah...berkat rezeki dan usaha yang tak seberapa ini saya dapat menjejakkan kaki di sini..
Banyak cerita dan pengalaman yang diperolehi daripada tempat ini...cerita orang lama mengatakan hutan hujan Belum ini merupakan hutan yang dilindungi dan segala aktiviti yang boleh memberi kerosakan ke atas habitat semulajadi bagi haiwan dan tumbuhan di sini adalah dilarang sama sekali...tidak semua orang dibenarkan untuk datang ke sini melainkan mendapat permit daripada pihak berkuasa...
ermm...semoga keindahan hutan hujan Belum ini terpelihara untuk diwariskan kepada anak cucu kita...
menaiki bot polis yang berkuasa kuda tuh..laju nyerr.. |
sekitar tasik Banding |
cantik...keindahan ciptaan Allah |
beautiful.. |
melawat ke kolam ikan air tawar...siap bawak balik tuh...goreng pun sodap...hihi |
sampai ke Pulau Mata Kail.. |
dato hafes...kawan sentiasa menemani di atas bot..hihi |
belum rainforest ni kat negeri mane?
BalasPadamkat Perak la yeop..
BalasPadam